Wednesday, August 08, 2007

Madu Tualang

Sabda Rasulullah, "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."


1. Merawat penyakit dalam perut.

2. Merawat penyakit Medu.

3. Membuang kekotoran yang terdapat dalam usus kecil & besar (perut)

4. Melawaskan pembuangan air besar.

5. Sesuai untuk kecerdasan minda anak-anak

6. Menghilangkan kesan terkena api, air panas & minyak panas

7. Menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam tubuh.

8. Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, melancarkan darah, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .

9. Meningkatkan keupayaan tenaga batin, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus

10. Amat di syorkan untuk wanita mengandung (6 bulan dan ke atas) dan selepas 20 hari bersalin.

11. Mencerahkan mata dan memutihkan & menguatkan gigi.

12. Menghilangkan kahak

Kenapa seringkali disebut Lebah Tualang?

Sebabnya lebah ini disarangkan di atas Pokok Tualang seperti gambar di bawah ini:

Nun jauh di hujung2 ranting pokok...........

Inilah rezeki pemburu...dan rezeki ANDA..



Kenapa perlu memburu?

Inilah keistimewaan lebah tualang. Ianya memang sukar didapati di dalam hutan biasa. Malah jarang-jarang sekali, Biasanya kedudukannya jauh di dalam hutan tebal. Jadi, pemburu ini terpaksa bersusah payah untuk mencari lebah2 ini. Sila lihat di bawah:

Kenapa Madu Tualang agak tinggi dari biasa?

Sebenarnya harga bergantung kepada 3 sebab utama iaitu:

1. KEASLIAN MADU. Kebanyakan madu lain di campur dengan air, asid benzoik dan sebagainya

2. KOS PENGAMBILAN MADU. Keadaan kos pengambilan, masa, serta kos-kos lain juga perlu diambil kira. Sebenarnya kos mengambil Madu Tualang dari pembekal di Tasik Pedu sahaja (KL-Pendang KL) adalah lebih kurang RM500.00 sama ada satu kilogram atau lebih. Ini adalah untuk mendapatkan madu yang tulin dari pemburu sendiri langsung mengelakkan dari tertipu orang oleh orang tengah.

3.
JENIS MADU. Terdapat beberapa jenis madu lain seperti:

a. madu lebah yang diternak secara komersil (Memang murah tapi khasiat kurang kerana lebah yang diternak hanya memakan benda yang disediakan sahaja.

Menurut kata pemburu lebah madu tualang, lebah ini seolah-olah sama dengan ayam daging.

b. madu lebah hutan

PERINGATAN:

1. Bersifat PANAS. Tidak boleh simpan dalam peti ais kerana akan rosak dan juga tidak boleh disimpan dalam almari bertutup rapat.

2.
Pekat dan rasa manis semulajadi *bukan manis seperti gula merah/gula putih/buah

3.
Kebaikan madu ASLI lebah Tualang

i. Tiada expiry date jika disimpan dalam suhu biasa.
ii. Madu yang kami bekalkan TIDAK dicampur bahan pengawet (asid benzoik)
iii.TIADA bahan pewarna dan TIADA bahan perasa tiruan

4.
Tidak boleh disimpan dalam botol plastik kerana sifat panas madu. SILA tukarkan dengan botol kaca sekiranya ingin menyimpan lama.

CARA PENGGUNAAN:
Dewasa : Minum 1 camca teh 2 kali sehari (Pagi/Malam) sebelum makan.
Kanak-kanak: Gunakan camca kecil

Minima minum ialah 3 kali sudu teh dalam sebulan.

Apabila di minum satu sudu teh, ia berasa sedikit panas di dalam dada. Ini bukan kesan sampingan tetapi sebaliknya ia adalah proses biasa pendetokfikasi atau penyah toksin dalam hati/darah. Selepas itu ia membantu proses pembinaan metabolisma sel darah.

Juga oleh dibancuh dengan air suam, tambahan dalam masakan mengikut sesedap rasa seperti masakan ayam madu dengan aroma dan rasa yang lazat.

CARA MENGUJI KETULENAN MADU LEBAH ASLI

1. Ambil mancis api, kemudian bakar madu lebah tersebut. Madu Asli akan membuat mancis aka terus menyala.

2. Titiskan madu di alas kertas. Madu asli tidak akan tiris.

3. Ambil sesudu madu,kemudian masukkan ke dalam air putih. Madu Asli lebih tumpat daripada air.

4. Titiskan madu pada kuku. Madu Asli akan memakan masa untuk menitik.

5. Masukkan madu ke dalam plastik aiskrim dan simpan di dalam freezer. Madu Asli tidak akan beku atau keras. (Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)

6. Ambil 2 sudu besar madu lebah campurkan sebiji kuning telur Kuning telur akan separuh masak.

Monday, August 06, 2007

new season

soon the new season start... well can we be a champ ? HOPEFULLY... they make few signing ...
torres , ryan babel, youssi. voronin(free) with these new faces hope we will win this time ..
anyway dont care who they bring because the reds will always back up their team
You'll Never Walk Alone.